Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 4 Disember 2011

Harga rumah 2012 dari pemerhatian saya


Seperkara yang saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca sekalian kali ini adalah megenai hartanah. Satu yang saya dapati dari pemerhatian saya. Ramai yang mengatakan bahawa hartanah di Malaysia akan bubble dalam masa yang terdekat. Ini adalah pada hemat golongan-golongan yang menjadikan U.S dan UK sebagai 100% model ekonomi yang akan memberikan kesan kepada ekonomi di Malaysia. Jadi kali ini saya ingin ulas perkara ini. Walaubagaimanapun ini hanyalah dari analisa saya. Ianya masih terbuka untuk perbincangan kalian.

Selasa, 8 November 2011

BERFIKIR TAPI TAK BERTINDAK TIDAK AKAN KEMANA-MANA


Para pembaca yang mengikuti artikel-artikel saya sebelum ini. Artikel saya yang terakhir telah saya nyatakan yang anda perlu bersedia dengan kenaikan EMAS. Sejak itu sehingga kini memang saya tidak meletakkan sebarang artikel. Pembaca budiman sekalian boleh melihat sendiri akan kenaikan nya sehingga kini!

Ahad, 16 Oktober 2011

ANALISA HARGA EMAS – BERSEDIA DENGAN KENAIKAN EMAS

Tempoh hari saya telah membuat analisa harga EMAS dan jangkaan saya terhadap kejatuhanya. Ini adalah merupakan kesan dari polisi baru yang dikeluarkan oleh Amerika iaitu Operation Twist. Kemudian tiada polisi baru yang saya lihat boleh member impak. Ini menjadikan pasaran lebih berhati-hati. Dengan itu EMAS tidak menunjukan sebarang perubahan harga yang signifikan. Bagaimana pula dengan minggu hadapan. Berikut merupakan analisa saya. Harus diingat, ini merupakan analisa saya terhadap sentiment pasaran dan juga analisa teknikal.

Khamis, 13 Oktober 2011

EMAS DAN MATAWANG – 3 PERKARA YANG MEMBERI IMPAK BESAR!

 Saya pasti ramai antara pembaca semua sering memerhati harga EMAS. Ada yang menunggu bila harganya akan turun dan ada pula yang berdoa harganya terus naik. Harus diingat, EMAS adalah KOMODITI! Ianyanya juga bergantung kepada permintaan sebagaimana pergerakan Harga MINYAK, GANDUM, BERAS, GULA. Pada zaman kapitalis ini yang mengamalkan konsep pasaran terbuka, matawang FIAT merupakan pengaruh terbesar kepada pergerakan harga barangan ini. Ramai yang banyak mengeluarkan kenyataan bahawa EMAS adalah kalis INFLASI dan permintaannya sentiasa akan meningkat dan begitu juga dengan harganya. Sehinggakan kita terlupa bahawa ianyanya juga adalah KOMODITI. Cuma ianya KOMODITI yang ISTIMEWA! Suka ingin saya kongsikan bersama pembaca-pembaca semua 3 perkara yang saya dapati boleh mempengaruhi pergerakan naik atau turunnya sesuatu komoditi itu.

Selasa, 4 Oktober 2011

ANALISA HARGA EMAS – TIADA POLISI BARU YANG MEMBERI IMPAK

Sebenarnya saya telah pun menyatakan dalam bahawa harga emas jangkaan saya sepanjang  minggu ini adalah bergerak secara sideway atau mendatar. Walau bagaimanapun saya dapati ianya kurang mendapat perhatian dari pembaca kemungkinan disebabkan saya kurang memberikan penekanan. Ianya saya nyatakan dalam artikel saya [Memahami market trend]

Isnin, 3 Oktober 2011

European Financial Stability Facility (EFSF) dan kesannya kepada ekonomi global?


Kita selalu mendengar mengenai IMF atau Fed Reserve. Ada satu lagi badan yang turut memainkan peranan dalam sistem kewangan dunia tetapi ianya tertumpu kepada negara-negara Eropah. Ianya dinamakan EFSF. EFSF baru terbentuk ditubuhkan pada 9 May 2010. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara-negara Eropah. Ianya dibiayai oleh ahli Eurozone bagi menangani masalah hutang di Eropah. Ahlinya terdiri daripada 27 buat negara Eropah

Sabtu, 1 Oktober 2011

PASARAN EMAS DAN MEMAHAMI MARKET TREND

Pada artikel saya mengenai Operation Twist, saya telahpun menjalankan analisa terhadap harga emas. Analisa saya telah jelas menyatakan hala tuju harga emas. Saya juga dengan jelas telah menjangkakan harga EMAS akan terus jatuh walaupun ramai yang pada ketika itu bertegas mengatakan pada saya bahawa ianya hanya melalui fasa Corection dan tidak mungkin jatuh seperti yang saya jangkakan. Pada pandangan saya, apabila kita melabur, emosi sentiasa melebihi dari rasional kita. EMAS boleh dikatakan Bull Run sejak Jun atau Julai tahun ini. Mengapakah ianya berlaku?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...